Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ketua sindiket, ahli didakwa edar dadah -

Ketua sindiket, ahli didakwa edar dadah

KETUA sindiket dadah dan seorang ahlinya didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 21 kilogram minggu lepas.

S. Genesan, 39, yang kudung tangan kiri dan R. R Pirapagaran, 39, dituduh bersama-sama mengedar dadah seberat 21,069 gram di sebuah rumah di Jalan Jelapang Bayu 6, Puncak Jelapang di sini kira-kira 9 malam, 16 Mei lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B)(2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala Genesan diwakili peguam Dayang Nor Emilia Azman Shah dan R Pirapagaran tidak diwakili peguam. 

Majistret Jesseca Daimis menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu serahan laporan kimia.

— BERNAMA