Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dimanakah tuduhan PN terima dana judi? - Pemuda PN -

Dimanakah tuduhan PN terima dana judi? – Pemuda PN

AHLI Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir pimpinan Kerajaan Perpaduan mengenai dakwaan mereka bahawa Perikatan Nasional (PN) ada menerima dana daripada syarikat perjudian bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata sedemikian susulan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak dapat membuktikan tuduhan terbabit.

Menurutnya, dakwaan berkenaan jelas merupakan satu fitnah bagi memburukkan gabungan PN.

“Di mana tuduhan dan fitnah yang keluar dari mulut pimpinan negara itu? Untold lie,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis, lapor Sinar Harian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pada Khamis memberitahu Dewan Rakyat, siasatan SPRM tidak dapat membuktikan PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen PRU15.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Ahmad Fadhli yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan tersebut.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu sidang media mendedahkan kemungkinan PN memperoleh dana politik daripada syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.

Dakwaan berkenaan bagaimanapun disangkal oleh parti gabungan PN iaitu Pas atas alasan mustahil mereka menerima dana politik daripada tauke dan syarikat judi ketika pihaknya tegas menutup tempat kegiatan terbabit.