Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tukang gunting rambut maut kemalangan motosikal di Kluang -

Tukang gunting rambut maut kemalangan motosikal di Kluang

SEORANG tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah lori tunda dalam kejadian di Kilometer 95 Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang pada tengah malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada jam 12.20 tengah malam itu melibatkan motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang mangsa dengan sebuah lori tunda jenis Isuzu FFF90.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal datang dari arah Mersing menghala ke Kluang manakala lori dipercayai dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal dan lori tersebut tbergesel di kawasan tengah jalan berdasarkan serpihan yang berada di garisan berkembar tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, akibat dari perlanggaran itu, mangsa, Mohammad Haziq Haiqal, 18, dari Kahang cedera parah di kepala dan badan sebelah kanan selain tangan kanan terputus dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu lori itu yang takut dipukul orang kampung tidak tunggu di tempat kejadian dan telah memandu terus ke Mersing.

“Dia kemudian datang ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kluang dan buat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku,” ujar beliau.

Menurut Bahrin, pemeriksaan ujian air kencing akan dilakukan terhadapnya di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah untuk memastikan pemandu lori tersebut tiada dalam pengaruh dadah semasa memandu.

Tambahnya, semasa kemalangan kawasan tersebut gelap tanpa lampu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.