SEORANG lelaki maut dipercayai akibat terkena tembakan selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang dalam kejadian di Hutan Melintang di Bagan Datuk pada Selasa.
Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena tembakan selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang dalam kejadian di Hutan Melintang di sini pada Selasa.
Difahamkan, kejadian sekitar jam 10.30 malam itu berlaku apabila suspek penagih dadah itu enggan memberi kerjasama kepada polis malah menjadikan ibunya sebagai tebusan dalam cubaan melepaskan diri.
Sumber berkata, usaha polis memujuk suspek turut gagal, malah amaran diberikan tidak dihiraukan.
Suspek bertindak mengacukan parang pada leher ibunya dan bertindak agresif menghayun parang kepada pasukan polis.
“Polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Suspek yang cedera parah bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya di Bagan Datuk pada Rabu, lapor Astro AWANI.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi memaklumkan satu kenyataan media berhubung kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.