Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kereta rempuh belakang treler bawa serbuk plastik, lelaki cedera tersepit -

Kereta rempuh belakang treler bawa serbuk plastik, lelaki cedera tersepit

SEORANG lelaki cedera tersepit setelah kereta jenis Honda City yang dipandunya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah treler membawa muatan serbuk plastik di hentian rehat dan rawat (R&R) Ladang Bikam, arah selatan di Bidor, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.37 pagi.

Katanya lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda City melanggar belakang treler yang diparkir di bahu jalan menyebabkan seorang mangsa iaitu pemandu kereta tersebut tersepit dan cedera.

“Manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Anggota kemudiannya menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa tersepit dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans bagi rawatan selanjutnya,” katanya kepada pemberita pada Selasa, lapor Astro AWANI.

Katanya lagi, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nasir Ibrahim itu tamat pada jam 8.14 pagi.