Zahid perlu utamakan komponen BN, bukan DAP – MCA

0
165

MCA mengingatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar berpegang kepada prinsip dan berhati-hati dalam segala perkara berkaitan hubungan atau kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, Ahmad Zahid haruslah menjaga kepentingan dan mengutamakan parti-parti komponen BN, bukannya PH terutamanya DAP.

“Kerjasama antara BN dan PH perlulah ada timbal balas dan menguntungkan kedua-dua pihak.

“Ditegaskan juga bahawa apa jua pendirian dan pandangan oleh MCA mestilah dikeluarkan oleh pemimpin MCA, khususnya Presiden MCA (Datuk Seri Wee Ka Siong), bukannya pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Pada Sabtu, Ahmad Zahid dilapor berkata, pengundi UMNO boleh menggunakan konsep sama ketika menyokong dan mengundi calon MCA pada pilihan raya sebelum ini, untuk menyokong calon daripada DAP.

Jelasnya, atas dasar kebersamaan, kaedah itu boleh digunakan untuk memilih calon dalam parti Kerajaan Perpaduan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here