Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Remaja lelaki lemas ketika menjala ikan bersama rakan di Kulai -

Remaja lelaki lemas ketika menjala ikan bersama rakan di Kulai

SEORANG remaja lelaki ditemukan lemas ketika menjala ikan bersama-sama rakannya di sungai berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Merbau 3, Bandar Putra di sini, petang semalam. 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Baharuddin Mohd Omar berkata Amirul Ikhwan Muhammad Khairul Amin, 14, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.53 petang dan sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dari BBP Bandar Baru Kulai dengan kekuatan enam anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar kawasan Amirul Ikhwan dilaporkan hilang dengan menggunakan teknik ‘surface searching’.

“Mangsa dijumpai anggota bomba di lokasi dia dilaporkan lemas pada kira-kira pukul 5.54 petang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Baharuddin berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 6.31 petang. 

— BERNAMA