Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Terjatuh dari hotel, suami isteri maut di Genting Highlands -

Terjatuh dari hotel, suami isteri maut di Genting Highlands

SEPASANG suami isteri ditemui maut dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah hotel di Genting Highlands di Bentong, Pahang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima panggilan di kaunter aduan Balai Polis Genting Highlands sekitar jam 9.45 malam yang memaklumkan seorang lelaki dan wanita warganegara tempatan telah terjatuh dari bangunan sebuah hotel.

“Hasil siasatan awal polis mendapati sepasang suami isteri masing-masing berusia 37 tahun dari Taiping, Perak telah datang ke Genting Highlands pada 11 Mei (Khamis).

“Kedua-dua mereka telah mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di pusat peranginan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Bentong pada Jumaat.

Beliau berkata, hasil pemerikaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati bermula dari tarikh kedua-dua mangsa mendaftar masuk sehingga tarikh kejadian tiada sesiapa yang keluar masuk ke bilik hotel berkenaan kecuali pasangan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah di dalam kes ini.

“Laporan bedah siasat oleh pihak hospital ke atas mangsa lelaki mendapati kematian akibat ‘massive hemothorex’ manakala isterinya maut disebabkan ‘severe head injury’,” katanya, lapor Astro AWANI.

Tambahnya lagi, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan sekiranya ada maklumat berkaitan kes ini boleh terus menghubungi Bilik Gerakan (DCC) IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.