Remaja ‘peram’ syabu RM1.89 juta dalam kondo ditahan

0
129

REMAJAlelaki berusia 18 tahun ditahan susulan penemuan syabu seberat lebih 50kg bernilai RM1.89 juta dalam sebuan di sebuah kondominium di Batu Kawa, Kuching, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata serbuan dilakukan selepas menerima maklumat serta risikan sebelum menahan suspek, pada 1.30 pagi.

Katanya, rampasan dadah itu adalah terbesar oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak tahun ini.

“Suspek direman hingga 25 Mei untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta negatif dadah dan dia dikenal pasti mula mengedar dadah sejak bulan lalu,” katanya menurut Harian Metro.

Mengulas lanjut, Azman berkata, siasatan awal mendapati suspek menerima dadah dimasukkan dalam bungkusan teh Cina menerusi perkhidmatan kurier daripada sindiket di Semenanjung untuk dijual Kuching dan daerah berhampiran.

Menurutnya, polis turut merampas kereta suspek dianggarkan bernilai RM40,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here