Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hujan lebat di tujuh negeri sehingga 5 petang -

Hujan lebat di tujuh negeri sehingga 5 petang

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Selangor antaranya di Hulu Langat dan Sepang, Johor antaranya di Muar dan Batu Pahat, Sarawak di Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Miri, Sabah antaranya di Pedalaman dan Tawau,” katanya, lapor Kosmo!

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kata MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya