Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Nama besar UMNO sertai Pas, Bersatu, PN diumum awal Jun - Ahmad Samsuri -

Nama besar UMNO sertai Pas, Bersatu, PN diumum awal Jun – Ahmad Samsuri

PAS mengesahkan beberapa pemimpin politik yang mempunyai nama besar dengan sebahagian besar mereka daripada UMNO, akan menyertai parti itu, Bersatu serta Perikatan Nasional (PN) tidak lama lagi.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata nama semua mereka akan diumumkan pada awal Jun nanti.

“Mereka bakal menyertai Pas… sertai Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) pun ada… PN secara direct pun ada… insya-Allah.

“Ada daripada UMNO, dan ada daripada lain-lain parti pun ada… ramainya daripada UMNO,” katanya lapor Astro AWANI.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan, di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sudah memaklumkan hasrat untuk menyertai Pas.

Perkembangan itu menyusul selepas bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor di bawah tiket PN.

Sementara itu, ditanya adakah pemimpin nama besar terbabit akan diketengahkan sebagai calon dalam PRN nanti, Ahmad Samsuri berkata ia bergantung kepada keadaan.

Katanya sehingga kini, Pas belum memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding dalam PRN.