Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mayat pelajar 14 tahun ditemui dalam Sungai Perak -

Mayat pelajar 14 tahun ditemui dalam Sungai Perak

MAYAT pelajar Tingkatan Dua yang terjatuh ke dalam Sungai Perak, berhampiran jeti Kampung Terengganu, Teluk Intan pada Jumaat, ditemui petang Sabtu.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai V Johnson, 14, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 4.45 petang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, identiti mangsa dikenal pasti oleh bapanya sendiri yang membuat pengecaman mayat.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan jam 5 petang ini untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya di Teluk pada Sabtu, lapor Astro AWANI.

Terdahulu, media melaporkan mangsa dikhuatiri terjatuh selepas pakaian dan begnya ditemui berdekatan jeti berkenaan kira-kira jam 7.30 petang Jumaat.

Ahmad Adnan berkata, operasi SAR telah diaktifkan selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada bapa mangsa.