Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelajar lepasan SPM mengaku tak bersalah dakwaan rogol remaja bawah umur -

Pelajar lepasan SPM mengaku tak bersalah dakwaan rogol remaja bawah umur

SEORANG pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengaku tidak bersalah merogol remaja perempuan 15 tahun di Mahkamah Sesyen Melaka.

Tertuduh, Muhammad Isa Muhaimim Mohamad Fauzi, 18, yang berdepan tiga pertuduhan bagi kesalahan itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam.

Menurut Sinar Harian, perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Limbongan Permai di sini, antara September 2022 hingga Mei lalu.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Isa juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki video lucah dalam telefon bimbitnya di hadapan Hakim Mahkamah Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat D11 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, pada 10 malam, 5 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000, manakala J Banusha pula mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000.

Bagaimanapun tertuduh diwakili Peguam Goh Chin Han, merayu jaminan rendah dikenakan terhadap tertuduh yang tidak bekerja kerana baharu tamat persekolahan selain hanya bergantung kepada pendapatan bapanya sebagai pemandu lori.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM14,000 selain menetapkan 19 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.