Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekas penyampai Suria FM Zizi meninggal dunia -

Bekas penyampai Suria FM Zizi meninggal dunia

BEKAS penyampai Suria FM Ahmad Zuwairi Mohd Nor meninggal dunia pada Khamis, dipercayai akibat lemah jantung.

Ahmad Zuwairi, atau lebih dikenali sebagai Zizi, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada jam 1.47 pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, berita pemergeian Zizi, 42 tahun, dikongsi oleh birasnya, Muhammad Saffuan.

Zizi dikatakan dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri pada jam 11 malam di rumahnya.

Menurut isterinya, Noor Hidayah Sabidi, ketika di rumah, Zizi mengadu badannya penat dan masuk ke bilik untuk berehat.

Dia kemudian mendapati suaminya tiada tindak balas apabila dia cuba memanggilnya, lalu terus menghubungi ambulans.

Sebelum ini Zizi pernah dimasukkan ke hospital tahun lalu akibat masalah lemah jantung dan air berlebihan dalam badan.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak berusia antara 2 tahun dan 6 tahun.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Katil, Melaka, hari ini.