Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Remaja antara dua maut motosikal bertembung -

Remaja antara dua maut motosikal bertembung

DUA maut dalam nahas melibatkan motosikal bertembung di Jalan Sungai Dedap, Kampung Pisang, Yan, Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 malam membabitkan dua motosikal.

Remaja perempuan berusia 13 tahun maut, manakala adik perempuannya yang berusia 11 tahun cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal.

Kemalangan turut menyebabkan seorang lagi penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 41 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya mangsa yang maut Nur Aina Ellysya Abdul Hadi, 13 yang menunggang Yamaha Y15ZR manakala seorang lagi Mohd Khatib Mohd Khatib Sharbini Tajuddin, 41, mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

“Kejadian berlaku apabila Honda EX-5 ditunggang Mohd Khatib sedang bergerak dari arah Sungai Limau Dalam menghala ke Kampung Bahagia, manakala motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggangi Nur Ina bersama adiknya Nur Aina Ellysya, Nur Aina Syafiqa, 11, dari Sungai Dedap.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, tiba-tiba Yamaha Y15ZR yang dinaiki dua beradik itu masuk ke laluan Honda EX-5 dan kedua-duanya bertembung di bahagian hadapan.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi pembonceng cedera parah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.

Shahnaz berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat.

Manakala mangsa yang parah dihantar ke Hospital Yan untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.