Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki mabuk pukul isteri, anak OKU ditahan polis -

Lelaki mabuk pukul isteri, anak OKU ditahan polis

SEORANG  lelaki yang  memukul isteri dan anaknya seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) lebam di kediaman mereka di  Kampung Tasik Permai di sini  ditahan polis pada Khamis lalu.

Dalam kejadian pukul 11.15 tengah malam Rabu lalu, suspek yang didakwa mabuk dan baru pulang ke rumah telah memukul isterinya yang berusia 51 tahun yang sedang tidur.

Utusan Malaysia melaporkan,selepas memukul isterinya, lelaki itu turut  menendang anak perempuan mereka  yang juga OKU.

Selain itu, lelaki itu  turut mengugut ingin membunuh isterinya  dengan pisau menyebabkan wanita itu meminta bantuan anak sulungnya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang, Mohamad Farouk Eshak berkata, susulan laporan itu  anggota kereta Peronda (MPV) IPD Ampang Jaya  menangkap lelaki pada keesokan harinya.

Menurutnya,  pemeriksaan ke atas lelaki mendapati dia memiliki 13 rekod jenayah.

“Suspek bebas dadah dan semasa kejadian dia mabuk. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.