Penganggur ditahan sebar video ibu amang seksual anak lelaki ketika suami di penjara

0
362

SEORANG penganggur ditahan bagi membantu siasatan penyebaran rakaman video amang seksual membabitkan seorang ibu dengan anak lelakinya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan polis di sebuah restoran di Bandar Puncak Alam di sini jam 11.45 malam pada Jumaat.

Menurut beliau, suspek dipercayai terlibat menyebarkan video namun bukan ahli keluarga mangsa.

“Hasil semakan polis mendapati lelaki yang menetap di Bandar Sri Damansara itu memiliki dua rekod jenayah iaitu kes pemerasan dan rogol,” katanya ketika ditemui pada program Bukit Melawati Lebarun 2023 di Dataran Malawati di sini pada Sabtu.

Ramli berkata, polis turut merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan kes terbabit.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kebenaran reman ke atas suspek akan diperoleh daripada mahkamah.

Ramli memberitahu, suspek utama iaitu wanita berkenaan masih direman bagi siasatan mengikut Seksyen 14 dan 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kita akan merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat bagi tindakan pendakwaan,” katanya lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan, seorang wanita direman lima hari bermula Rabu lalu hingga Ahad ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here