Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Luzon, Filipina pada 8.49 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, gempa itu berlaku pada jarak 64 kilometer (km) timur dari Bandar Tuguegarao, Filipina dengan kedalaman 45km.
Bagaimanapun, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.