Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bimbang semua pencuri selepas ini akan dapat pengampunan - Timbalan Muda -

Bimbang semua pencuri selepas ini akan dapat pengampunan – Timbalan Muda

KEBIMBANGAN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sekiranya Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan selepas ini apabila semua pencuri akan mendapat pengampunan.

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz menjelaskan parti tersebut kekal dengan pendirian menolak langkah pengampunan kepada bekas Perdana Menteri itu kerana ia bakal memberi contoh tidak baik pada masa depan kerana seseorang yang bersalah mencuri boleh mendapat pengampunan.

“Kami hormat keputusan mahkamah dan percaya bahawa proses pengampunan ini perlu dijalankan tanpa sebarang campur tangan.

“Namun, sekiranya Najib diampunkan selepas disabit bersalah di ketiga-tiga peringkat mahkamah, kita akan wujudkan precedent yang sangat merunsingkan untuk negara.

“Adakah selepas ini, sesiapa sahaja yang disabit bersalah dengan mencuri dan menyeleweng dana kerajaan akan terima pengampunan? Kami gesa untuk pengampunan ditolak, bukan sebab kami benci UMNO,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, parti itu khuatir jika pengampunan boleh dilakukan sewenang-wenangnya kepada pihak lain yang melakukan kesalahan sama.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu lagi, Muda ditubuhkan untuk memperjuangkan politik baharu dan atas dasar itu parti berkenaan menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk kleptokrasi.

“Walaupun masa saya sebagai ADUN di Johor masih sekejap, saya lihat banyak kerja-kerja baik untuk rakyat oleh pimpinan UMNO terutamanya di Johor.

“Sama-sama kita bersihkan gelanggang politik agar rakyat nilai kita terus melalui polisi dan kerja di lapangan,” katanya lagi, lapor Agenda Daily.

Pada Isnin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan sama ada Muda benar-benar suci susulan kenyataan parti itu berhubung bantahan pengampunan Najib.

Ujar Mohd Puad, UMNO tidak akan terkesan dengan perkara itu memandangkan Muda bukan merupakan parti dalam kerajaan campuran.