Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Korban di Sudan meningkat kepada 528 orang -

Korban di Sudan meningkat kepada 528 orang

JUMLAH korban di Sudan akibat pertempuran berterusan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) meningkat kepada 528 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.

Sementara itu, seramai 4,599 orang lagi cedera dalam keganasan yang berlaku dari 15 April hingga 27 April, lapor Agensi Anadolu.

Menurut kementerian itu, 12 daripada 18 negeri di Sudan telah menyaksikan pertempuran antara dua musuh yang bertelagah itu.

Pertempuran terbaharu meletus pada Sabtu walaupun gencatan senjata selama tiga hari.

RSF dalam satu kenyataan mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat tentera di Omdurman.

Angkatan Tentera Sudan belum memberikan sebarang komen mengenai dakwaan itu.

Beribu-ribu orang termasuk warga asing telah meninggalkan Sudan sejak tercetusnya keganasan.

— BERNAMA-ANADOLU