Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN: Pas tangguh Muktamar Tahunan Ke-69 -

PRN: Pas tangguh Muktamar Tahunan Ke-69

MUKTAMAR Tahunan Pas ke-69 yang sepatutnya diadakan 3 hingga 5 Mei ini ditangguh kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penangguhan itu dilakukan untuk memberi tumpuan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri termasuk Kelantan.

“Ikut jadual, Kelantan sepatutnya sebagai tuan rumah muktamar tahun ini. Namun, tarikh baharu belum diputuskan bagaimanapun kemungkinan ia akan diadakan September hadapan sebagaimana tahun lepas di Kedah,” katanya lapor HarakahDaily.

Beliau  ketika ditemui pada majlis Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Suri anjuran Pusat Khidmat Dun (PKD) Tanjong Mas, hari ini.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, mesyuarat Pas Pusat memutuskan untuk menangguhkan muktamar bagi memberi tumpuan menghadapi PRN yang akan diadakan sama ada Julai atau Ogos ini.

“Tahun lalu juga dibuat pada September, cuma hasrat awalnya untuk mengadakan muktamar lebih awal tahun ini, nampaknya terpaksa ditangguhkan juga,” katanya.

 Beliau juga memberitahu, Mesyuarat Agung Pas peringkat kawasan dan cawangan telah selesai diadakan di seluruh negara. “Begitu juga muktamar peringkat dewan-dewan di setiap negeri sudah diadakan,” katanya.