Kematian dua kanak-kanak dikaitkan strok haba di Kelantan masih dalam siasatan

0
186

PUNCA kematian dua kanak-kanak berusia 11 dan setahun tujuh bulan yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba masih lagi dalam siasatan.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai kematian dua kanak-kanak iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia Selasa lepas dipercayai akibat strok haba.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here