Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Takbir raya Muhyiddin, pemimpin PN di TV3 batal 'saat akhir' -

Takbir raya Muhyiddin, pemimpin PN di TV3 batal ‘saat akhir’

SLOT takbir raya Perikatan Nasional selama lima minit yang dijadualkan untuk siaran di TV3 malam tadi (Jumaat malam) dibatalkan.

Ketua Pemuda Armada Bersatu Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal membuat ciapan di Twitter mengenai perkara ini.

“TV3 batalkan walaupun kami dah bayar untuk siaran.

“Adalah tu yang mengarahkan,” dakwanya.

Cetakan skrin mesej pembatalan slot takbir raya Perikatan Nasional di TV3 yang tular di media sosial.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal lagi, siaran takbir raya itu dibatalkan pada saat terakhir.

“Jam 10:11 malam baru dimaklumkan melalui emel,” kata ahli parlimen Machang itu pada ciapan berikutnya di Twitter.

Mengikut jadual rancangan TV3 sebelum ini, terdapat tiga “takbir raya” sempena Aidilfitri – pada jam 9.20 malam, 10.25 malam dan 11.25 malam.

Petang tadi, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Saifuddin Abdullah berkata slot PN akan berlangsung pada 10.20 malam ini.

Ini mungkin kali pertama parti pembangkang mengadakan siaran “takbir raya” mereka di stesen televisyen nasional.

Menurut sumber, slot PN itu telah dibayar.

Sumber itu mendedahkan bahawa Kementerian Dalam Negeri akan mempunyai slot jam 9.20 malam dan Umno juga mempunyai slotnya sendiri juga.

TV3, yang dikendalikan oleh Media Prima Bhd, dimiliki secara persendirian oleh Media Mulia Sdn Bhd.

Malaysiakini sedang menghubungi Media Prima bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kesahihan perkara ini.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayshal berkongsi di media sosial hantaran video pendek rakaman persiapan slot takbir raya yang dikatakan untuk siaran saluran televisyen itu.

“Malam ini jam 10.20 malam di TV3 rakaman takbir raya Perikatan Nasional.

“Sedap suara Abah (Muhyiddin Yassin) dan Ustaz Idris (Ahmad),” katanya.