SEORANG warga emas menjadi mangsa keadaan apabila maut ditetak kerana disalah anggap sebagai individu lain dalam kejadian di Siburan, Sarawak.
Menurut Utusan Borneo, suspek yang bersenjatakan parang pada mulanya mahu menyerang adiknya yang melarikan diri susulan pertengkaran di kediaman mereka selepas berbuka puasa.
Namun, malang menimpa warga emas itu yang secara kebetulan dalam perjalanan ke kedai apabila ditetak suspek.
Ketua Polis Simunjan Wong Tee Kui berkata, suspek merupakan warga tempatan berusia 43 tahun.
“Kejadian dipercayai berlaku sekitar 7.40 malam kelmarin, di mana mangsa seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun telah disahkan meninggal dunia.
“Susulan itu, suspek telah ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya sambil menambah, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Wong turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.