Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Putrajaya anjur rumah terbuka Aidilfitri PM di negeri dikuasai PAS -

Putrajaya anjur rumah terbuka Aidilfitri PM di negeri dikuasai PAS

PUTRAJAYA akan menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Langkah tersebut dipercayai untuk meraih sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya Barisan Nasional (BN) yang kalah teruk di tiga negeri yang dikuasai PAS serta Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lalu.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga mengumumkan Kedah dipilih sebagai venue untuk Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan, acara tahunan yang dihentikan sementara akibat pandemik Covid-19. 

Tahun lalu, ketika negara beralih ke fasa endemik, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri diadakan di Terengganu.

JPM dalam satu kenyataan, berkata ia menganjurkan acara tahun ini dengan kerjasama kerajaan negeri. 

Selain Kelantan dan Terengganu, Anwar juga akan menjadi tetamu kehormat kepada rumah terbuka yang akan diadakan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah menteri besar dan ketua menteri masing-masing juga akan dijemput ke majlis itu.

Pengumuman itu dibuat di sebalik penafian Putrajaya terhadap dakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dihalang daripada menghadiri Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (Lima’23) yang akan diadakan bulan depan di pulau peranginan itu. 

Kedah adalah negeri utama yang diintai oleh PH dan BN kerana kedua-dua gabungan itu berusaha untuk meningkatkan sokongan orang Melayu. 

Pada November lalu, PAS, yang merupakan sebahagian daripada PN, memenangi 13 daripada 14 kerusi Parlimen di Kedah, sambil menang besar di kubu kuat UMNO dan PKR di Pulau Pinang, termasuk kampung halaman Anwar di Permatang Pauh yang ditandingi anak sulungnya Nurul Izzah. 

PAS juga menyapu bersih semua kerusi Parlimen di Kelantan dan Terengganu. 

Penganalisis meramalkan trend sokongan pengundi Melayu kepada PN adalah sama pada pilihan raya negeri akan datang melibatkan Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu menurut laporan Malaysianow.