Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis kesan remaja perempuan hilang -

Polis kesan remaja perempuan hilang

POLIS sedang mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 11 April lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata gadis itu dikenali sebagai Gayathri, 17, berkulit gelap, bertubuh gemuk dan beralamat di Jalan Pasir Puteh di sini, yang kali terakhir dilihat ahli keluarga pada 8 April.

“Sesiapa yang menjumpai atau mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang awam juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Difahamkan remaja itu tinggal bersama keluarga angkatnya sejak kecil dan baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

  — BERNAMA