Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Aidilfitri: Polis tumpu 76 lokasi hotspot kemalangan seluruh negara -

Aidilfitri: Polis tumpu 76 lokasi hotspot kemalangan seluruh negara

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi tumpuan kepada 76 lokasi hotspot yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di seluruh negara sempena sambutan perayaan Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata antara faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah sikap pengguna jalan raya seperti keletihan, ketegangan emosi serta memandu sambil bermain alat komunikasi.

“Melanggar lampu isyarat, menukar lorong tanpa memberi isyarat lalu lintas serta memandu dengan laju turut penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya.

“Kita juga akan memantau melalui udara bagi melihat kesesakan lalu lintas untuk membantu anggota yang bertugas di lapangan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni pengguna jalan raya di laluan alternatif Gua Musang, hari ini.

Mengulas lanjut Mat Kasim berkata bagi Kelantan pula, sebanyak 18 lokasi dikenal pasti kawasan kerap berlaku kemalangan.

“Sebanyak 90,000 kenderaan dianggarkan masuk ke Kelantan bermula sejak Selasa lalu dan sehingga menjelang sambutan perayaan Aidilfitri,” katanya.

— BERNAMA