Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wan Saiful selar cubaan 'gam' artis kerana perbezaan politik -

Wan Saiful selar cubaan ‘gam’ artis kerana perbezaan politik

JANGAN salah guna kuasa untuk menutup ‘suara’ penggiat seni hanya kerana latar belakang, pendapat yang berbeza.

Demikian kenyataan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan terhadap situasi penyanyi Dayangku Intan apabila timbul dakwaan persembahannya dalam sebuah rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak akan disiarkan walaupun sudah menjalani raptai dan sesi rakaman.

”Jangan biarkan kerajaan PH-UMNO ini bermaharajalela menggunakan kuasa dan agensi-agensi kerajaan untuk menutup mulut mereka yang berbeza pandangan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Bagaimanapun, Bekas Ketua Penerangan Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dimaklumkan pagi ini persembahan Dayangku Intan akan kembali disiarkan di RTM.

“Saya harap perubahan ini benar dan tidak berlaku pemotongan saat akhir. Gambar dalam poster yang sebelum ini dipadam pun dah dimasukkan semula.

“Perubahan keputusan ini dilakukan setelah rakyat bangkit menolak kezaliman yang cuba dilakukan untuk menggam artis tertentu disebabkan “latar belakang” mereka.

“Saya hargai tindakan segera netizen yang rata-rata turut mengkritik percubaan untuk gam artis,” katanya.

Terdahulu, kecoh apabila ciapan di Twitter mendakwa Dayangku Intan, dikeluarkan dalam Konsert Glam Raya yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Aidilfitri ini.

Penyanyi pada era 1980-an yang terkenal dengan lagu popular Hari Raya bertajuk “Senandung Hari Raya Untukmu”, tidak pasti mengapa keputusan itu dibuat dan hanya dimaklumkan bahawa setiap individu yang akan menyertai program RTM akan diperiksa latar belakang. -SB

Dayangku Intan (kanan, baju kurung warna biru) sebelum ini ‘pelik’ keputusan stesen TV RTM menarik balik penampilannya dalam rancangan Konsert Glamz Raya