Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis kesan individu main mercun di balkoni pangsapuri -

Polis kesan individu main mercun di balkoni pangsapuri

POLIS sedang mengesan seorang individu yang bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, di Ipoh seperti yang tular dalam rakaman video menerusi laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan perbuatan itu menerusi akaun Twitter menggunakan nama ‘Megatz’ semalam.

“Satu laporan polis telah diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam serta Seksyen 4 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana membakar mercun sehingga mendatangkan mudarat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500 019 untuk membantu siasatan.

Katanya orang ramai dinasihatkan sentiasa bersikap bertimbang rasa, bertanggungjawab dan berwaspada semasa bermain mercun sempena musim perayaan demi menjamin keselamatan diri mahupun nyawa serta harta benda orang ramai.

Menerusi video berdurasi 25 saat yang tular itu, kelihatan seorang lelaki membakar mercun di balkoni sebuah unit pangsapuri beberapa kali.

– Bernama