Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mydin rugi sekurang-kurangnya RM500,000 akibat tambahan cuti Aidilfitri -

Mydin rugi sekurang-kurangnya RM500,000 akibat tambahan cuti Aidilfitri

TAIKUN rangkaian peruncitan, Ameer Ali Mydin mengkritik pengumuman secara tiba-tiba kerajaan mengenai cuti tambahan untuk Hari Raya Aidilfitri.

Beliau mendedahkan syarikatnya mengalami kerugian sekurang-kurangnya setengah juta akibat pengumuman itu oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam.

“Peniaga perlu menanggung kerugian, setengah juta itu kita boleh bagi beribu Menu Rahmah,” katanya dalam wawancara bersama Astro Awani. 

Beliau merujuk kepada program yang diperkenalkan awal tahun ini yang mana perusahaan menjual makanan dengan harga RM5 kepada mereka yang ingin berjimat-cermat. 

Mydin antara syarikat yang terkedepan dalam menyahut seruan kerajaan kepada perusahaan swasta untuk mengadakan Menu Rahmah namun memberi amaran ia tidak akan bertahan lama jika harga bahan mentah kekal tinggi. 

Anwar semalam mengumumkan satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri. 

Cuti tambahan diberikan sama ada Jumaat atau Isnin, bergantung kepada penetapan tarikh hari raya. 

Selain itu, kerajaan akan memberi pengecualian bayaran tol di 33 lebuh raya selama empat hari pada 19 hingga 21 April dan 24 April ini.

Ameer yang merupakan pengarah urusan syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd berkata kerajaan tidak boleh menjadi populis semata-mata. 

Katanya, lebih baik memberikan subsidi bersasar dalam bentuk tunai kepada mereka yang memerlukan, berbanding mengumumkan pengecualian tol kepada semua pengguna tanpa mengira kelas pendapatan. 

“Bukan semua perlukan subsidi tol. Model kita ini tak betul,” katanya, lapor MalaysiaNow.