KERAJAAN Perpaduan digesa untuk tidak menyekat persembahan artis-artis tertentu daripada disiarkan di semua saluran Radio Television Malaysia (RTM).
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau mendapat maklumat bahawa RTM diarahkan untuk menyekat artis yang tidak sehaluan dengan Kerajaan Perpaduan.
Menurut beliau, pegawai-pegawai RTM diarah untuk melakukan pemeriksaan ‘latar belakang’ terlebih dahulu sebelum menjemput mana-mana artis untuk muncul di saluran kerajaan tersebut.
“Adakah ini bermaksud Kementerian Komunikasi dan Digital koni menyekat artis yang mempunyai latar belakang tidak sealiran dengan Pakatan Harapan – UMNO? Adakah wujud arahan baru untuk gam artis pula?
“Berdasarkan maklumat yang diberi kepada saya, rakaman untuk program khas hari raya itu sudah pun siap. Poster iklan juga telah disebarkan. Saya dimaklumkan arahan tersebut menyebabkan ada artis yang akan keluar daripada siaran pada hari raya pertama walaupun telah dirakam,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Wan Saiful berkata, jika benar langkah yang berunsur kepartian diambil maka ia menandakan kerajaang mundur dan zalim kerana tidak wajar artis dinilai dengan lensa kepartian.
“Saya minta Fahmi Fadzil selaku Menteri Komunikasi dan Digital segera memberi penjelasan atau lebih baik terus membetulkan keadaaan dengan membenarkan rakaman artis tersebut disiarkan.
“Fahmi sebelum ini adalah pejuang kebebasan bersuara. Apabila memegang kuasa, jangan jadi kuku besi yang menggunakan kuasa untuk menutup mulut dan periuk nasi rakyat termasuk golongan artis,” katanya lapor Utusan Malaysia.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.