Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Budak 7 tahun mangsa rogol, dera ditemui tepi jalan, polis tahan 3 suspek -

Budak 7 tahun mangsa rogol, dera ditemui tepi jalan, polis tahan 3 suspek

POLIS menahan dua lelaki dan seorang perempuan yang disyaki terbabit kes rogol dan dera seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Chong Boo Khim berkata, ketiga-tiga suspek diberkas pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Menurutnya, terdahulu, kira-kira jam 11.50 pagi semalam, seorang lelaki tempatan telah ke Balai Polis Manjung membawa mangsa yang dijumpai di tepi jalan, dalam keadaan tidak terurus dan kusut masai.

“Pihak polis telah menghantar mangsa ke Hospital Manjung untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan pihak perubatan mendapati mangsa dipercayai telah dirogol dan didera,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini lapor Astro AWANI.

Menurutnya lagi, pemeriksaan terhadap badan mangsa didapati terdapat kesan kecederaan lama dan baharu.

Katanya, ketiga-tiga suspek yang berumur dalam lingkungan 26 hingga 40 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.