Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua remaja lemas ketika mandi sungai di Segamat -

Dua remaja lemas ketika mandi sungai di Segamat

DUA remaja lelaki ditemukan lemas selepas mandi di Sungai Pulau Jering di Kampung Bukit Tunggal di Segamat, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata mangsa Ahmad Muhammad Ibnu Hermee, 12, dan Muhammad Khalifi Kamaruzaman, 13, yang tinggal berjiran itu masing-masing merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa pada 5.10 petang.“

Hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati, kedua-dua mangsa disedari lemas oleh seorang daripada bapa remaja tersebut yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum meminta bantuan orang awam.

“Menerusi bantuan penduduk kampung, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan daripada sungai, namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik swasta berdekatan.

Ahmad Muhammad dan Muhammad Khalifi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Bukit Tunggal, semalam. – BERNAMA