Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dua kanak-kanak lemas ketika mandi sungai -

Dua kanak-kanak lemas ketika mandi sungai

DUA kanak-kanak lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Pulau Jering, Kampung Bukit Tunggal, Segamat, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada keluarga mangsa kira-kira pukul 5.10 petang.

“Kedua-dua mangsa disedari lemas oleh salah seorang bapa kanak-kanak tersebut yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum meminta bantuan orang awam.

“Dengan bantuan penduduk kampung, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dari sungai berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah klinik swasta di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Khalifi Kamaruzaman, 13, dan Ahmad Muhammad Ibnu Hermee, 12.

Tambah Ahmad Zamry, kedua-dua kanak-kanak terbabit adalah murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jementah.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kedua-dua mangsa pergi untuk mandi di sungai berkenaan.

Ahmad Zamry berkata, kedua-dua mangsa seterusnya dikejarkan ke sebuah klinik swasta terdekat namun disahkan meninggal dunia. 

“Bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) hari ini bagi mengenal pasti punca kematian. Tiada sebarang unsur jenayah ke atas kematian kedua-dua mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR,” katanya lapor Utusan Malaysia.