Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki disyaki keldai akaun ditahan -

Lelaki disyaki keldai akaun ditahan

POLIS menahan seorang lelaki kerana dipercayai menjadi “keldai akaun” kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM83,400, dua hari lepas.

Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya tepi jalan di Bayan Lepas, di Balik Pulau.

“Bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menahan lelaki itu kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ oleh sindiket dalam penipuan menyamar sebagai Telekom Malaysia dan pegawai polis.

“Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah RM83,400 membabitkan kes yang dilaporkan sejak awal tahun ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Lelaki yang bekerja sendiri itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

— BERNAMA