Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jana Wibawa: Kes rasuah Adam Radlan pindah ke KL -

Jana Wibawa: Kes rasuah Adam Radlan pindah ke KL

KES ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad yang menghadapi dua pertuduhan menerima rasuah masing-masing berjumlah RM2 juta dan RM2.1 juta berhubung Jana Wibawa di sini akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Rozilah Salleh membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke dua Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas alasan kesalahan jenayah  tersebut dilakukan dalam satu transaksi yang sama iaitu melibatkan kesalahan, syarikat dan saksi-saksi serupa.

Rozilah menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussain.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide manakala peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan itu.

Pada 22 Feb lepas, Adam Radlan didakwa di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek Jana Wibawa.

Sementara itu di Kuala Lumpur, lelaki itu didakwa di dua Mahkamah Sesyen pada 21 dan 28 Feb lepas atas dua pertuduhan rasuah dan satu pertuduhan meminta suapan berjumlah RM2 juta.

— BERNAMA