Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Shuib, Watie Hanifah nikah Jun depan -

Shuib, Watie Hanifah nikah Jun depan

PELAWAK dan penyampai radio, Shuib, 39, merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang juga ahli perniagaan, Watie Hanafiah, 35, pada Jun ini.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad berkata, setakat ini persiapan untuk majlis pernikahan dan persandingan mereka sudah siap sebanyak 30 peratus.

“Insya-Allah, majlis pernikahan dan persandingan kami akan berlangsung pada Jun ini. Setakat ini, dewan untuk majlis perkahwinan sudah ditempah.

“Majlis perkahwinan ini sederhana kerana ia perkahwinan kali kedua bagi saya tapi meriah kerana saya juga memikirkan ia kali pertama buat Watie.

“Apa yang penting, semua orang terutama keluarga kedua belah pihak gembira dengan perkahwinan ini,” katanya, lapor Harian Metro.

Shuib berkata, dia juga merancang untuk membawa Watie bertemu dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga ibu tiri Allahyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi atau Makde di Pendang, Kedah.

“Saya percaya ia adalah tahun yang terbaik untuk saya pertemukan keluarga kedua belah pihak. Watie juga sangat gembira untuk mengakhiri hubungan kami dengan ikatan perkahwinan kerana banyak yang sudah dilaluinya sepanjang kami berkawan. Semoga Allah SWT permudahkan perancangan kami untuk berkahwin,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga berdebar untuk berkahwin buat kali kedua.

“Saya sudah bersedia untuk berkeluarga semula bila melihat keadaan anak-anak yang perlukan kasih sayang seorang ibu.

“Arwah Sarah memang tiada gantinya tapi saya percaya, Watie boleh menjadi ibu yang baik untuk anak-anak kerana dia ada 20 peratus ciri-ciri seperti arwah.

“Selain itu, anak-anak sudah terlalu selesa dengannya dan paling penting, hubungan kami direstui keluarga kedua belah pihak terutama ibu saya, Salamiah Jalani,” katanya.

Mengenai soal penajaan pula, kata Shuib, dia juga terbuka untuk menerima tajaan dari mana-mana pihak untuk majlis perkahwinannya nanti.

“Sudah ada pihak yang berminat untuk menaja majlis perkahwinan kami tetapi saya belum putuskan lagi.

“Bagi saya, soal tajaan ini rezeki dan tiada masalah untuk kami bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk meraikan majlis perkahwinan ini nanti,” katanya.