Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hina Raja: Pemilik akaun Facebook 'Raja Hairun' direman dua hari -

Hina Raja: Pemilik akaun Facebook ‘Raja Hairun’ direman dua hari

PEMILIK akaun Facebook bernama ‘Raja Hairun’ yang ditahan di Temerloh, Pahang, semalam kerana disyaki menghina institusi diraja di laman sosial, direman dua hari bermula hari ini. 

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata permohonan reman terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau berkata kes berkenaan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.

— BERNAMA