Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Suri rumah rugi hampir RM500 ribu,terpedaya ‘phone scam’ -

Suri rumah rugi hampir RM500 ribu,terpedaya ‘phone scam’

POLIS Perak menerima satu lagi laporan individu yang mengalami kerugian wang akibat terpedaya dengan panggilan penipuan (phone scam) dalam satu kejadian di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri kali ini ia melibatkan seorang suri rumah berusia 50-an yang mengakibatkan kerugian hampir RM500,000.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menerima laporan daripada wanita yang berusia 50-an itu pada Sabtu lepas.

“Kejadian berlaku pada Februari lalu apabila pengadu menerima panggilan telefon kononnya dari pihak insurans dan polis yang mendakwa pengadu terbabit dalam satu tuntutan palsu dan terlibat dengan kes jenayah pemerasan dan judi haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, terpedaya kononnya bagi tujuan siasatan, pengadu diminta mendedahkan maklumat akaun pengadu kepada pihak berkenaan dan kemudian diarahkan membuat pindahan wang ke dalam akaun yang telah diberikan.

Mohd Yusri berkata pengadu menyedari telah diperdaya apabila memaklumkan perkara tersebut kepada ahli keluarganya dan hasil semakan mendapati wang simpanan dalam akaunnya berkurangan sebanyak RM459,754.

Dalam pada itu, Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer yang menyebabkan ramai mangsa terpedaya.

“Orang ramai juga boleh merujuk kepada Bilik Gerakan IPD Kerian di talian 05-721 2222 atau hubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599 atau hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997,” katanya.

Minggu lalu, Mohd Yusri mendedahkan seorang pesara guru wanita mengalami kerugian lebih RM585,000 selepas terpedaya dengan sindiket yang menggunakan modus operandi yang sama.

— BERNAMA