Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kedah umum bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai MKK,masjid -

Kedah umum bantuan khas Aidilfitri kepada pegawai MKK,masjid

KERAJAAN Kedah mengumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 3,924 penerima terdiri daripada pengerusi dan setiausaha Majlis Ketua Kampung (MKK) serta pegawai masjid di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata bantuan itu akan dibayar terus ke akaun penerima pada 18 April ini yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM784,800.

“Seramai 772 pengerusi MKK, 766 setiausaha MKK dan 2,386 pegawai masjid meliputi imam, bilal dan siak akan menerima manfaat bantuan RM200 setiap seorang.

“Walaupun jumlahnya tidak besar, ia diharap sedikit sebanyak dapat membantu penerima melakukan persiapan menyambut Aidilfitri nanti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah akan diadakan di kediaman rasmi beliau di Seri Mentaloon, di sini pada 27 April.

Menurutnya orang ramai dijemput hadir ke majlis itu yang akan bermula pada 11 pagi hingga 4 petang.

“Jemputlah datang, bawa keluarga dan sanak saudara. Kita sasarkan 50,000 pengunjung akan hadir, tapi biasanya lebih daripada itu yang datang,” katanya.

— BERNAMA