Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekas MB Perlis tiba di mahkamah bagi pertuduhan di bawah Akta SPRM -

Bekas MB Perlis tiba di mahkamah bagi pertuduhan di bawah Akta SPRM

BEKAS Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man tiba di Kompleks Mahkamah Kangar di sini pagi ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Beliau yang berpakaian kemeja biru cerah serta berseluar slack biru gelap tiba bersendirian kira-kira 8.15 pagi dan terus masuk ke Mahkamah Sesyen 1.

Turut hadir bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Hamizan Hassan dan bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perlis, Saiful Daniel Mohd Yusof yang juga bekas calon BN bagi DUN Sena pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Azlan akan menghadapi pertuduhan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Azlan diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid manakala pendakwaan akan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib.

Azlan, 64, menjadi ADUN Pauh pada 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lepas, sebelum tewas pada PRU15.

Azlan yang merupakan Menteri Besar Perlis dari 2013 ke 2022 juga gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan parti itu, baru-baru ini.

BERNAMA