Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Isu logo PRN, PN guna formula PRU-15 -

Isu logo PRN, PN guna formula PRU-15

ISU penggunaan logo antara parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dianggap selesai untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) apabila mereka akan menggunakan formula Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu akan terus kekal menggunakan simbol bulan.

Menurutnya, empat lagi iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan menggunakan logo PN.

 “Pertemuan hari ini (semalam) kita bincang soal politik dan persiapan bagi berdepan PRN. Agihan kerusi gabungan di enam negeri sudah hampir diselesaikan.

“Perkara tersebut sudah dibawa kepada perbincangan di peringkat pusat menerusi Jabatan Perundingan Kerusi Pusat untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat PN peringkat negeri Kelantan di sini semalam.

Turut dihadir Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri Datuk Kamarudin Md. Nor.

Ahli Parlimen Pagoh itu memberitahu, isu menifesto yang akan digunakan pada PRN kali ini turut dibincangkan semasa mesyuarat berkenaan.

Katanya, secara keseluruhan Kelantan sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRN.

“Mengenai parti mana yang akan berlawan di kawasan UMNO, itu kita akan bincang selepas ini,” ujarnya lapor Utusan Malaysia.