Cagar KWSP: Langkah tidak masuk akal – Muhyiddin

Hanya menambah beban rakyat yang sudah terbeban dengan hutang yang tinggi.

0
590

KEPUTUSAN kerajaan membenarkan pencarum mencagarkan wang simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meminjam dengan bank adalah tidak munasabah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menyifatkan langkah kerajaan membenarkan cagaran itu sebagai sesuatu yang ‘luar tabii’ atau tidak masuk akal kerana ia hanya menambah beban rakyat yang sudah terbeban dengan hutang yang tinggi.

“Kenapa tindakan kerajaan yang begitu rupa yang secara zahirnya nampak dilihat membantu tetapi tidak membantu

“Dan yang terakhir pula saya dengar dia kata tak payah boleh pakaikan wang ada dalam KWSP sebagai cagaran untuk pinjaman daripada bank… itu agak luar tabii juga, luar biasa.

“Pasal kerajaan menggalakkan supaya rakyat meminjam daripada bank dan oleh sebab bank memerlukan cagaran dia kata boleh pakai duit daripada KWSP untuk dijadikan cagaran,” katanya semasa berucap dalam Program Penghayatan Nuzul Al-Quran & Badar Al-Kubra Negeri Kelantan malam tadi.

Menurut Muhyiddin, langkah tersebut dilihat agak aneh dan tidak membantu rakyat, malah setakat ini tiada sambutan daripada pencarum KWSP yang mahu membuat pinjaman seperti dicadangkan kerajaan baru-baru ini.

“Ini ada orang panggil i-Cagaran, itu satu perkara sangat aneh.

“Dan sehingga hari ini saya dengar tidak ada seorang pun yang memerlukan suntikan pinjaman daripada KWSP bersetuju dengan cadangan yang sudah dibuat kerajaan malaysia hari ini,” katanya lapor Agenda Daily.

Muhyiddin juga berkata pengeluaran wang KWSP tidak melibatkan peruntukan daripada kerajaan dan sepatutnya pencarum diberi kebenaran untuk mengeluarkan wang mereka, tetapi sebaliknya kerajaan mengambil langkah yang luar biasa dengan menyuntik wang ke dalam KWSP pula.

“Jadi ini tidak melibatkan peruntukan daripada kerajaan, kalau waktu dulu kita keluarkan sebahagian peruntukan, kerajaan kena suntik.

“Yang ini kerajaan tidak perlu suntik, kerajaan hanya membenarkan KWSP dan mengizinkan kepada pemohon yang terpilih untuk mendapatkan duit yang telah mereka simpan dan digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu dan tidak melibatkan duit kerajaan.

“Tetapi yang agak luar biasanya, perdana menteri buat pengumuman dalam belanjawan supaya RM1 bilion duit kerajaan disuntik ke dalam tabung KWSP,” katanya lagi.

Terdahulu, KWSP mengumumkan kemudahan Fasiliti Soko­ngan Akaun 2 (FSA2) bermula 7 April ini bagi ahli yang mempunyai baki minimum RM3,000 dalam Akaun 2 masing-masing.

FSA2 akan dijalankan dalam dua fasa dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jumlah pembiayaan maksimum RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP, de­ngan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.

FSA2 diperkenalkan setelah Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan-UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan rakyat membuat pengeluaran KWSP bersasar, sebaliknya menawarkan kaedah cagaran kononnya untuk membantu pencarum.

Pengkritik menyifatkan langkah membenarkan pencarum mencagarkan akaun KWSP untuk membuat pinjaman sebagai tidak wajar dan hanya akan merugikan pencarum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here