Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sanusi kekal jawatan Presiden KFA, menang tanpa bertanding -

Sanusi kekal jawatan Presiden KFA, menang tanpa bertanding

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengekalkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA bagi penggal 2022-2026.

Pemilihan sempena Kongres Tahunan KFA ke-47 di Wisma Darul, Aman di sini, hari ini, turut menyaksikan Datuk Abdul Rahman Abdullah mengekalkan jawatan Timbalan Presiden manakala tiga Naib Presiden dimenangi Datuk Mohd Salleh Saidin, Muhammad Radhi Mat Din dan Datuk Syed Yusoff Syed Othman.

“Seramai lapan ahli eksekutif (exco) telah dipilih dan saya selaku Presiden KFA telah diberi peluang untuk melantik dua lagi exco tambahan bagi jawatan Setiausaha dan Timbalan Setiausaha. Lantikan itu akan dibuat pada mesyuarat ahli jawatankuasa pertama selepas sambutan Aidilfitri nanti.

“Sepatutnya, pemilihan ahli jawatankuasa penggal 2022-2026 ini dibuat pada November tahun lalu tetapi ada isu pemutihan dimana terdapat ahli gabungan yang belum mendaftar dengan Pesuruhjaya Sukan maka ia ditangguh ke tahun ini,” kata Muhammad Sanusi pada sidang media selepas kongres tersebut.

Dalam pada itu, katanya, satu pertandingan mencipta logo akan diadakan sempena Sambutan 100 Tahun KFA pada tahun hadapan.

“2024 genap 100 tahun KFA, satu legasi yang sangat panjang yang ada pasang surut…tetapi ada juga perkembangan menarik antaranya kita memiliki Wisma KFA sendiri di mana bangunan yang terletak berhampiran Stadium Darul Aman itu sedang dalam proses renovasi.
“Banyak lagi benda baharu yang kita umumkan dan diharapkan KFA akan terus maju jaya. Selain itu, seluruh kepimpinan ahli jawatankuasa penggal baharu ini berharap sukan bola sepak Kedah dan Malaysia akan terus berkembang secara sihat dengan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.

— BERNAMA