Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penjawat awam di Kedah terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000 -

Penjawat awam di Kedah terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000

SERAMAI 5,100 penjawat awam di Kedah akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,000 setiap seorang yang akan disalurkan pada 18 April ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata keputusan untuk meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri itu dibuat menerusi mesyuarat Exco kerajaan negeri yang dipengerusikannya, hari ini.

“Kelulusan ini melibatkan semua kakitangan awam yang membabitkan peruntukan sebanyak RM5.1 juta.

“Ini merupakan sedikit tanda ingatan daripada kerajaan negeri kepada kakitangan awam dan bolehlah mereka membeli barangan untuk persiapan raya nanti,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di Alor Seyar, hari ini.

Selain itu, Muhammad Sanusi memaklumkan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini turut bersetuju untuk melantik Majlis Ketua Kampung (MKK) bagi menggantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).

“Sebelum ini, kita guna Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) tapi selepas dimansuhkan, ia ditukar kepada JKKP. Jadi kita ingin kekalkan JKKP tetapi tukar nama baharu kepada MKK sahaja.

“Ia akan melibatkan peruntukan tahunan berjumlah RM13.8 juta bagi membayar elaun kepada MKK ini,” katanya.

— BERNAMA