Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Budah tujuh tahun maut jatuh kondo selepas kelas mengaji -

Budah tujuh tahun maut jatuh kondo selepas kelas mengaji

SEORANG kanak-kanak warga Somalia maut dipercayai terjatuh dari kondominium di Jalan Langkawi, Setapak.

Kejadian itu disedari penduduk kira-kira 7 malam Selasa, apabila terdengar dentuman kuat sebelum menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu.

Difahamkan, mangsa baru selesai ke kelas mengaji di blok A kondominium itu.

Menurut Astro Awani, ibu mangsa yang hendak menjemputnya pulang ke rumah, cemas apabila gagal menemui anaknya.

Wanita itu kemudian menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri atas jalan dekat blok B.

Dua beranak itu dipercayai warga Somalia yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sejak 2017.

Difahamkan, polis turut menemui beg sandang mengandungi al-Quran dekat tangga tingkat 4 berhampiran blok B.