Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PN tubuh Jawatankuasa Khas Pemulihan Rakyat Tercicir -

PN tubuh Jawatankuasa Khas Pemulihan Rakyat Tercicir

PERIKATAN Nasional (PN) menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemulihan Rakyat Yang Tercicir bagi membincangkan masalah rakyat yang dijangka menjadi sangat kritikal dalam tahun ini.

PN berkata, jawatankuasa khas itu dianggotai Ahli Parlimen dan pemimpin akar umbi PN dengan nama ahli jawatankuasa khas berkenaan akan diumumkan pada masa terdekat.

Katanya, kumpulan rakyat yang tercicir membabitkan semua lapisan masyarakat yang masih terjerat dengan impak COVID-19 tanpa mengira fahaman politik.

“Mereka ini sedang menghadapi masalah utama dengan pendapatan selepas pandemik COVID-19 jauh mengecil berbanding sebelum pandemik, sekali gus menyukarkan mereka meneruskan kelangsungan hidup.


“Rakyat yang tercicir ini majoritinya sudah berkeluarga dan berumur 30 tahun ke atas. Mereka mempunyai pelbagai masalah kewangan yang memerlukan penyelesaian segera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu berkata, antara usaha akan ditumpukan jawatankuasa khas ini adalah menjadi suara di luar dan dalam Parlimen untuk membantu masyarakat yang memerlukan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar untuk penyelesaian segera.

“Ia juga akan membuat cadangan kepada kerajaan untuk program pemulihan jangka panjang khas bagi golongan rakyat yang tercicir ini mengelak tercetusnya krisis yang boleh membantut perkembangan masa depan negara.

“Jawatankuasa khas ini akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang juga pemegang taruh serta pihak berkepentingan dalam isu rakyat tercicir ini,” katanya.