Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Inisiatif Noorazlan simbol kesusahan rakyat - Muhyiddin -

Inisiatif Noorazlan simbol kesusahan rakyat – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin berkata, apa yang dilakukan Noorazlan Ismail adalah simbol kepada kesusahan hidup rakyat yang mempunyai caruman KWSP tetapi tidak dapat mengeluarkannya ketika berhadapan dengan kesempitan hidup.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, kegigihan pemandu teksi berusia 48 tahun itu dalam menuntut haknya amat dikagumi.

“Saya bersyukur apabila Noorazlan memberitahu dia sihat dan tiba di Kuala Lumpur dengan selamat semalam.

“Apa yang Noorazlan lakukan adalah simbol kepada kesusahan hidup rakyat yang mempunyai caruman KWSP tetapi tidak dapat mengeluarkannya ketika berhadapan dengan kesempitan hidup,” katanya.

Berikut kenyataan penuh Muhyiddin yang disiarkan dalam hantaran terbaharu di Facebooknya hari ini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.

Hari ini ketika hadir ke Parlimen, saya berpeluang bertemu dengan pemandu teksi Noorazlan Ismail yang sanggup berjalan kaki dari Skudai ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum menuntut dibenarkan pengeluaran KWSP.

Saya kagum dengan kegigihan lelaki berusia 48 tahun ini yang meredah panas dan hujan sepanjang lima hari berjalan kaki lebih 300 kilometer demi menuntut haknya.

Saya bersyukur apabila Noorazlan memberitahu dia sihat dan tiba di Kuala Lumpur dengan selamat semalam.

Apa yang Noorazlan lakukan adalah simbol kepada kesusahan hidup rakyat yang mempunyai caruman KWSP tetapi tidak dapat mengeluarkannya ketika berhadapan dengan kesempitan hidup.

Ini juga selari dengan apa yang sedang diperjuangkan oleh Perikatan Nasional (PN) dalam mendesak kerajaan campuran PH-BN membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar bagi mengurangkan beban hidup rakyat.

Malangnya sehingga kini kerajaan tidak mahu mendengar desakan tersebut, malah tidak nampak tanda-tanda atau usaha untuk menyelesaikan isu ini.

Saya berharap kerajaan melihat apa yang Noorazlan lakukan adalah mewakili ribuan pencarum lain yang turut terkesan teruk dengan tekanan ekonomi pada masa ini.

Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, kami tidak akan berganjak dalam memperjuangkan nasib rakyat dan ini termasuk tuntutan KWSP bersasar, insya-Allah.