Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pindah kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000 -

Pindah kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000

SEORANG pemandu lori didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Setiu di Bandar Permaisuri hari ini setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand bernilai RM28,470 tanpa kebenaran pada tahun lepas.

Abli Abdullah, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan Shaari yang turut memerintahkan 62 ekor kambing tersebut dilucutkan hak dan wang hasil jualan ternakan menjadi hasil kerajaan.

Lelaki itu didakwa memindahkan kesemua kambing berkenaan menggunakan lori jenis Hino tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu atau mana-mana pihak berkuasa veterinar, kira-kira 11.15 malam di tepi jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu pada 13 Okt 2022.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Perenggan i (b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku Dan Mulut Dan Hawar Berdarah bagi Negeri Terengganu yang diwartakan di bawah Subseksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 36(7) akta sama yang membawa denda maksimum RM15,000. 

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Mohd Shahihan Mohd Tahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

— BERNAMA