Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin raikan penduduk, golongan asnaf Pagoh -

Muhyiddin raikan penduduk, golongan asnaf Pagoh

AHLI Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan penduduk tempatan pada majlis berbuka puasa di Kundang Ulu dekat Pagoh pada Ahad.

Pada majlis yang diadakan di kediaman Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Johor, Mohd. Muhyiddin turut meraikan golongan asnaf.

“Seperti tahun-tahun lalu, setiap kali Ramadan tiba, golongan asnaf di kawasan ini tidak pernah dilupakan menerusi penyampaian sumbangan Ramadan.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban kehidupan mereka yang terkesan teruk dengan peningkatan kos sara hidup pada masa ini.

“Saya doakan semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan ibadah puasa serta amalan kita di sepanjang Ramadan ini diterima Allah SWT,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sempena majlis tersebut, satu majlis tahlil turut diadakan dan dipimpin oleh bekas Yang Dipertua Pas Pagoh, Ustaz Samad Surip.